Tag Bahasa Malaysia yang kental
Tag by none other than Cheepster. I still owe him the A-Z tag! The rule is you have to answer dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya.
TAG 1
Sekian, terima kasih.
TAG 1
- Bekas kekasih saya adalah : Bumblebee tapik tak kesampaian sebab dia lebih pentingkan Sam Witwicky.
- Saya sedang mendengar : bunyi tetikus yang diklik2 oleh suami saya dan juga saya sendiri.
- Mungkin saya patut: memohon cuti pada setiap hari Isnin kerana saya tidak suka hari Isnin. Tapi permintaan saya pasti ditolak.
- Saya suka : pegi berjalan-jalan dan selepas itu merungut kaki sakit.
- Sahabat-sahabat baik saya : rajin bergmail dengan saya walaupon jarang jumpa.
- Saya tak paham : kenapa kalau beli kentaki bawak balik dorang bagi cili sos sikit sangat.
- Saya kehilangan : wang yang banyak setiap bulan apabila membayar segala jenis bil.
- Ramai yang berkata : saya suke makan.
- Makna nama saya : sama macam Datin Suliza Salam
- Cinta itu adalah : kata kerja.
- Di suatu tempat, seseorang sedang : memandu van di Pulau Langkawi.
- Saya akan cuba : menjadi seorang yang suka dan pandai memasak.
- Ayat SELAMANYA membawa maksud : sampai bila-bila.
- Telefon bimbit saya : sudah rosak punat kameranya.
- Bila saya terjaga dari tidur : saya akan sambung tidur.
- Saya paling meluat apabila : orang perasan dia tau semua benda.
- Pesta/Parti adalah : tempat boleh mendengar muzik yang kuat.
- Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : panda sbb saya teringin untuk membelanya.
- Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : di mana saya masih layak mendapat duit raya.
- Hari ini : saya akan tidur lambat kerana besok saya cuti! muahaha!
- Malam ini saya akan : menonton tv dan yang sewaktu dengannya.
- Esok pula saya akan : pergi makan dim sum bersama suami saya.
- Saya betul-betul inginkan : percutian yang ditaja oleh sesiapa hehe :P
- Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : saya rasa saya perlu potong rambut.
- Pusat membeli-belah atau arked permainan : Sudah tentu pusat membeli belah kerana ada macam2 benda yang boleh saya habiskan duit.
- Makanan Barat atau Jepun : Makanan barat walaupon saya suka makanan siam sebenarnya.
- Bilik yang terang atau gelap: Bilik yang terang supaya tak sakit mata.
- Makanan segera adalah : Snek kentang Chipster perisa krim masam dan bawang. Sedapp!
- Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? Selamat malam.
- Apakah perasaan anda sekarang? Nak tido tapi kerja tak siap lagi. Terbantut cita2 murni saya untuk menonton TV.
- Saya nak makan? Mee segera goreng kat restoran mamak Syed yang sangat sedap.
- Saya tak suka? Bangun pagi dan memandu kereta di jalan raya yang sangat sesak.
- Impian saya? Mempunyai banyak duit untuk membeli apa sahaja yang saya suka.
- Haiwan yang saya tak suka? Lipas walaupon ia beribu kali ganda lebih kecil dari saya.
- Saya harapkan? Supaya saya sentiasa sihat dan gembira selamanya. Dan kurus. Ermm kurus dan kaya.
- Jika boleh putarkan masa? Saya akan meluangkan masa yang lebih banyak dengan ibu bapa saya.
- Saya pada 10 tahun akan datang? Masih lagi sihat dan gembira hendaknyer. Amin.
- Handphone saya adalah sebuah? telefon yang mudah dialih.
- Saya pernah bercinta sebanyak? 1 kali yang betol2 punyer
- Kawan-kawan saya? Adalah kawan yang saya membesar bersama-sama sampai lah sekarang
- Pernah dikhianati? Pernah tapi takdelah serius tahap gaban.
- Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda? Malas nak pandang muka dia.
- Siapa yang anda nak Tag? Diana, K.Fara, Shara, Zaza, Mas, Kak Mozi dan sesiapa yang tegar untuk menjawab dengan menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya.
Sekian, terima kasih.
Hahaha layak mendapat duit raya yeee
ReplyDeleteOMG! Sol! aku kagum okeh ko sangat laju wat tag!! mana dtg idea weh!
ReplyDeletealamak soul tag lg! dan saya lihat ade byk tag di halaman yang lain2 juga yang harus saya buat!hahahaha
ReplyDeletekena tukar nickname soul ni kak fara...soul the blogtagger! wakakaka
bem69: hehe sure u pon rindu zaman tuhhh!
ReplyDeletek.fara: lama giler woo buat tag! manade laju hahaha
D: yehaaa! buat jangan tak buat ahahaha